Buat karipap, karipap tak jadi

Assalamualaikum,

Trial exam pun dah habis. Masing-masing otak serabut, kesan dari tekanan belajar yang maksimum (belajar lah sangat). Straight A? Bukan kata tak ada rezeki, memang harapan hancur punah berderai haha. Ayat pasrah sahaja jadi penyejuk hati. Tahukah anda, nisa amat lemah dalam mata pelajaran matematik sejak dari azali?

Nak tenangkan fikiran, dua jemah ni (iza ira dan basirah) bercadang nak buat karipap sama-sama. Kononnya kalau menjadi nak bagi buah hati makan. Aku pun dengan tak tahu malu nya ikut mencelah. Saja nak tengok dua jemah ni buat karipap macam mana.

Lokasi, rumah iza. Bahan semua dia dah ada, tak perlu nak keluar ke kedai naik motor pergi beli. Tiba-tiba teringat tragedi terjumpa polis tengah-tengah jalan. Fuh seram haha! Lagipun, bukan aku yang nak buat karipap. Nak tengok org buat karipap je.

First, buat acuhan tepung. Resepi dorang rujuk dari internet. Aku bagi resepi tak nak guna, heh. Degil betul. Dorang buat tepung asyik tak menjadi je. Sekejap kurang air, sekejap lembik. Nak gelak pun ada hahaha. Akhirnya hasil atas usaha dorg, menjadi pun. (p/s: maaf kualiti gambar tak cantik, guna phone iza memang mcm ni haha jk)


Disebabkan diorang mengambil masa 1 jam sahaja untuk membuat tepung, aku pun tolong lah dorang buat inti. Tak sia-sia mak ajar buat karipap hehe. Yang pasti, inti nisa buat sedap. Tak percaya? Tak ada siapa yang suruh percaya.

Kemudian, tibalah masanya karipap untuk digorengkan. Ingatkan drama karipap berakhir disini, rupa-rupanya ada adegen yang lebih menyedihkan. Sangat menyedihkan, sehingga mengalir air mata. Mengalir air mata sebab gelak macam king kong haha!


Innalillah wainna ilaihi rajiun. Mengucap panjang apabila tengok hasil karipap yang digoreng oleh iza. Nauzubillah minzalik, rupanya hodoh yang amat! Tengoklah tu, sampai terkeluar isinya. Nak bagi siapa yang makan? Nisa juga lah yang jadi mangsanya.

Usaha tidak putus lagi, goreng pula karipap yang lain. Kali ini menjadi. Elok je rupanya, tak tercoret sedikit pun. Tapi masalahnya...


Hangus! Dah lah hangus, dihidangkan pula bagi orang makan. Sungguh tiada hati perut dan tidak sopan. Expectation, dapat makan karipap yang sedap dan cantik rupa parasnya. Ini pun dah hangus bagai memang punahlah harapan tu. Akhirnya mereka give up. Misi membuat karipap untuk buah hati, failed. 

Begitulah kisah sedih karipap yang dibuat oleh dua jemah. Bak kata basirah, "hanya kerana karipap, sanggup kau putuskan persahabatan kita?!". Karipap dia yang problem, mana tak orang tolak. Hahahaha.

Comments

Popular posts from this blog

I though it was different

DIY for my budget sake