Posts

Showing posts from August, 2014

Buat karipap, karipap tak jadi

Image
Assalamualaikum, Trial exam pun dah habis. Masing-masing otak serabut, kesan dari tekanan belajar yang maksimum (belajar lah sangat). Straight A? Bukan kata tak ada rezeki, memang harapan hancur punah berderai haha. Ayat pasrah sahaja jadi penyejuk hati. Tahukah anda, nisa amat lemah dalam mata pelajaran matematik sejak dari azali? Nak tenangkan fikiran, dua jemah ni (iza ira dan basirah) bercadang nak buat karipap sama-sama. Kononnya kalau menjadi nak bagi buah hati makan. Aku pun dengan tak tahu malu nya ikut mencelah. Saja nak tengok dua jemah ni buat karipap macam mana. Lokasi, rumah iza. Bahan semua dia dah ada, tak perlu nak keluar ke kedai naik motor pergi beli. Tiba-tiba teringat tragedi terjumpa polis tengah-tengah jalan. Fuh seram haha! Lagipun, bukan aku yang nak buat karipap. Nak tengok org buat karipap je. First, buat acuhan tepung. Resepi dorang rujuk dari internet. Aku bagi resepi tak nak guna, heh. Degil betul. Dorang buat tepung asyik tak menjadi je